Thursday, July 1, 2010

Misi Promosi ANti DaDaH di Sek. Tunas Jaya PGGMB, KB berjalan dengan lancar.


Gambar ramai murid-murid Tahun 1 Mawar dan guru-guru, Kumpulan A-Team PJN dan Kaunselor sekolah.


permainan "Apakah ini? sayur? buah? dadah?"

cerita & lakonan "Emak pesan..."


Pada 1 Julai 2010, jam 8.00 hingga 10.00 pagi, A-Team PJN yang terdiri dari Salwa Haji Abd Rahman, Dk Nur Farhanah Pg Ismail, Nur 'Aqilah Hj Mohammad, Amalie Chin Siaw Fang dan Jasmine Kah Ming Chien telah menjalankan misi mereka mempromosikan anti dadah kepada murid tahun satu Mawar di Sekolah Tunas Jaya PGGMB, KB. Mereka dipandu oleh kaunselor sekolah iaitu, Dk. Zunainah Pg Haji ALiuddin dan HAsbul Wafi Fakri bin Abdullah @BUndan.

Pelajar A-Team PJN telah menghias bilik darjah tersebut dengan belon-belon dan pokok yang hijau (raplika) sebagai taman kecil untuk perhiasan dan perembahan mereka. belon-belon itu kemudiannya diberikan kepada murid-murid di penghujung aktiviti mereka.

aktiviti yang mereka jalankan ialah:
(1) memberikan sedikit taklimat mengenai bahaya dadah (gambar rokok, ganja, heroin, ectascy dan syabu)
(2) membuat aktiviti "APakah ini? " dimana murid di arahkan melihat gambar dan mengkategorikan sama ada gambar tersebut sayur, buah atau dadah.
(3) bercerita sambil berlakon, tajuk " EMak Pesan..." yang mengandungi 3 nasihat penting, iaitu JANGAN BERCAKAP DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI, JANGAN IKUT ORANG YANG TIDAK DIKENALI, JANGAN BUAT APA YANG DISURUH OLEH ORANG YANG TIDAK DIKENALI.

A-Team PJN juga menyerahkan:
(1) Leflet anti dadah dan anti rokok
(2) maklumat mengenai dadah (dari BKN).
(3) 20 salinan buku cerita yang mereka hasilkan sendiri (yang mereka lakonkan).
(4) penanda buku anti dadah untuk guru-guru dan murid-murid.
(5) goddie bag yang berisi makanan dan minuman.

murid-murid dan guru-guru juga mengatakan "SAY NO TO DRUGS" sebagai menyahut kempen promosi anti dadah tersebut.

No comments:

Post a Comment