Saturday, January 15, 2011

LAWATAN PELAJAR TAHUN 7 DI KAWASAN SEKOLAH

PRS TAHUN 9 / 2011
AHLI PRS : bekerjasama dalam membawa pelajar Tahun 7 membuat lawatan di kawasan sekolah.




Walaupun sekolah SM PJNPHAB pada ketika ini masih dalam 'Projek Bisai', pelajar-pelajar Tahun 7 dibenarkan melawat kawasan sekolah bagi tujuan pengenalan dan penyesuaian diri pelajar. Tempat-tempat yang dibenarkan ialah blok pentadbiran, Makmal Bahasa Inggeris, Makmal Sain, Rumah Hijau , dewan sekolah dan perpustakaan.
Ahli PRS tahun 9 telah membawa setiap kelas melawat secara bergilir-gilir pada satu tempat. setiap kelas dikawal oleh 2 orang ahli PRS.
Terimakasih diucapkan kepada ahli PRS yang Telah bekerjasama menjayakan Orientasi Pelajar Tahun 7 2011.

UPDATE SUDUT KERJAYA SEKOLAH


Tarikh : 15 Jan 2011
Jam : 10.30 am
Tempat : Sudut Kerjaya, Perpustakaan
sewaktu Green Day, kaunselor telah mengambil inisiatif untuk mengemaskinikan sudut kerjaya. Pelajar-pelajar telah bekerjasama dalam aktiviti ini. perkara yang telah dilaksanakan ialah:
1) mengemaskinikan maklumat terkini tentang kerjaya
2) menyusun semula bahan2 kerjaya
3) membersihkan sudut kerjaya
diharap sudut kerjaya SM PJN PHAB KB, akan dapat dimanfaatkan oleh semua warga sekolah.