Monday, February 8, 2010

ITB :INFO DAY

Institut Teknologi Brunei (ITB), universiti yang menawarkan program akademik dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan dan 'ICT' akan mengadakan Hari Informasi (InfoDAY @ ITB) pada:

Tarikh: 28 Safar 1431 / 13 Februari 2010
Hari: Sabtu
Jam: 8.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Kampus Institut Teknologi Brunei, Tungku Link, Gadong.

Aktiviti yang dijalankan:
1. Sesi konsultasi di antara pelajar dan orang ramai dengan pensyarah ITB mengenai dengan program-program akademik di peringkat HND dan ijazah pertama yang ditawarkan di ITB bagi sesi akademik 2010-2011 dan kelayakan-kelayakan yang diperlukan.

2.Lawatan dalam kampus untuk melihat secara dekat kemudahan-kemudahan yang terdapat di makmal-makmal kejuruteraan dan teknologi bagi membuka pintu ITB kepada orang awam dan pelajar-pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut kaedah-kaedah pembelajaran dan pengajaran 'hands-on', yang berorientasikan praktikal dan penerapan industri yang terdapat di ITB.

3. 'Showcase of ITB students final year projects physical displays with live demonstration', untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menyaksikan sendiri dengan lebih dekat projek-projek akhir tahun yang dilaksanakan oleh siswa/siswi ITB.

4. Mini pameran dan persembahan aktiviti-aktiviti CCA siswa/siswi ITB.

5. Pembentangan kertas kerja projek akhir tahun oleh siswa/siswi ITB.

6. Kemudahan permohonan 'HECAS online'.

PENUNTUT YANG BERMINAT SILA REBUT PELUANG INI.KEDATANGAN PENUNTUT DIALU-ALUKAN