Wednesday, March 31, 2010

4 sekolah meriahkan malam kebudayaan

Media Permata, 25 Mac 2010
Antara persembahan yang dipertontonkan pada malam itu.

Sebahagian pelajar yang menonton persembahan budaya.
Oleh Airil


TUTONG, Rabu - Pelbagai cara untuk mengingatkan pelajar dengan kebudayaan Melayu yang sudah wujud sejak turun temurun, antaranya mengadakan persembahan pentas yang berbentuk kebudayaan seperti tarian asli, lakonan dan nyanyian.

Malam semalam empat sekolah menengah menyertai Persembahan Malam Kebudayaan anjuran Badan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Muda Hashim dekat sini.
Ia turut dihadiri Timbalan Pengetua Akademik sekolah berkenaan, Hajah Rosmah Haji Abd Kadir.

Sekolah yang menyertai persembahan malam semalam ialah Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Sekolah Menengah Tanjong Maya, Sekolah Menengah PJN Pengiran Haji Abu Bakar dan Sekolah Menengah Muda Hashim.

Semua pelajar dibahagikan kepada tujuh kumpulan yang masing-masing memberi nama mereka sebagai buah-buah tempatan seperti tarap, binjai dan belunu.

Acara yang diadakan di dewan serba guna sekolah itu turut dimeriahkan dengan persembahan bercorak nyanyian, tarian, lakonan dan puisi.

Program yang pertama kali diadakan itu diselenggarakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah berkenaan serta guru di sini.

Ketua Pembimbing Rakan Sebaya SMMHT, Muhammad Faiz Salleh menjelaskan bahawa persembahan yang diadakan itu adalah bagi melatih pelajar yang terlibat untuk saling menolong dan bekerjasama sesama rakan baru yang datang dari sekolah berlainan.

Di samping itu, ia bagi mengisi masa lapang pelajar yang sedang bercuti ketika ini dan sebagai platform untuk mereka menunjukkan bakat seni yang ada pada diri masing-masing.
*DIUCAPKAN SYABAS KEPADA PENUNTUT SM PJN YANG TERLIBAT*
(1) Mohd Khairul Anwar Bin Azami (MA 5C)
(2) Md. Firdaus Bin Hj Hamzah (MA 5C)
(3) Farid HAmizan Bin Abd Samadah (MA 5C)
(4) Md HAdi Khairil Syazwan Bin Md. Khairul Ariffin (MA 5SS1)
(5) Nur Ramizah SyahirBte Sabli (MA 5A)
(6) Sara Nashrita Bte Jasni (MA 5A)
(7) Monica Lesley Liew (MA 5SS2)
(8) Helna Anira Bte Lanjar (MA 5SS1)
(9) Nurul Anissah Asilah Bte Yusof (MA 5SS1)
(10) Siti Nur Azureen Bte Abd Raman