Thursday, February 14, 2013

Assalamualaikum
Masih belum terlambat untuk Admin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Selama hampir setahun lebih blog ini berehat dan kini insyaalah akan bergiat aktif semula memaparkan aktiviti terkini. Nantikan update seterusnya ok...

Thursday, February 24, 2011

LAWATAN PELAJAR SAIN KE HARI TERBUKA UBD, 19 FEB 2011









Seramai 28 pelajar sain SM PJN Pg Haji Abu Bakar, Kuala Belait telah berpeluang melawat ke hari terbuka UBD pada 19 Feb 2011. Guru pengawas yang ikut serta ialah Cg Dk. Zunainahh Bt Pg Haji Aliuddin dan Cg Hasbul Wafi Fakri, Kaunselor Sekolah.

Pelajar-pelajar rasa sangat gembira kerana mereka dapat mengetahui fakulti-fakulti yang ada di UBD. 3 pelajar sain berminat dalam Bachelor of Business, manakala selebihnya berminta dalam Bachelor of Health Science, terutamanya dalam kursus Medic.

selain daripada itu, pelajar dapat melihat kelab-kelab yang ditubuhkan di UBD seperti Kelab tarian, Rakis, Seni dan lain-lain lagi. Pelajar berminat untuk mengikuti kelab-kelab tersebut satu hari nanti jika mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke UBD.

'TARGET MARK' O LEVEL, YR 10

Pada 10 Feb 2011, satu sesi taklimat dan perjumpaan khas bersama penuntut Tahun 10 yang akan menduduki peperiksaan BGCE 'O' Level tahun ini. Dalam perjumpaan dan sesi taklimat tersebut Pmk Pengetua, Cikgu Asmah Awg Tengah menekankan kepada penuntut agar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan itu nanti dan pelajar digalakkan untuk membuat persiapan lebih awal agar tidak berasa kesuntukan masa dalam membuat ulang kaji nanti. Puan Pengetua juga mekehendaki penuntut untuk pengisikan borang 'Target Mark' bagi sepanjang peperiksaan dalam tahun ini sehinggalah menjelangnya peperiksaan O Level akan datang, bermula dari peperiksaan akhir tahun 2010 - yang telah diduduki tahun lepas dan sebagai kesinambungan tahun 2011 ini, peperiksaan pertengahan tahun - peperiksaan kelayakkan dan seterusnya peperiksaan o level yang sebenar.

kaunselor sekolah, Cg Dk Zunainah Pg Haji Aliuddin dan Cg Hazbul Wafi Bin Abdullah@ Bundan telah mengendalikan bengkel 'Target Mark' dan Matlamat penuntut dalam menuju kejayaan menghadapi peperiksaan O Level nanti. Kaunselor memberikan panduan dan tunjuk ajar agar penuntut mengetahui dan sedar akan keupayaan masing-masing dan kebolehan mereka dalam satu-satu mata pelajaran. Agar mereka tidak terlalu yakin (over confident) dan sehingga mengabaikan mata pelajaran yang mereka anggap senang, serta tidak berasa rendah diri sehingga mengetepikan mata pelajaran yang mereka anggap susuah.

target mark itu nanti akan dipantau pasa setiap menjelangnya peperiksaan yang penuntut hadapi.




Cg Rabina (TP2), Cg Gudaihena & Cg Dk Zainab (Guru Kanan Akade







LAWATAN PELAJAR PMV DAN TAHUN 10 KE SEKOLAH VOKASIONAL SULTAN BOLKIAH, SERIA

Pada Hari Terbuka Sek. Vokasional Sultan Bolkiah yang lalu [8-9 Feb 2011], seramai 38 orang pelajar PMV Stage 3 dan Stage 1 dan selebihnya pelajar dari tahun 10, telah berpeluang melawat ke sekolah tersebut bersama Kaunselor Cg. Dk. Zunainah Pg Haji Aliuddin dan beberapa orang guru Komiti Jabatan Bimbingan dan Kerjaya, SM PJNPHAB, KB. Lawatan telah dibuat selama 3 hari berturut-turut secara bergilir-gilir dan melibatkan 7 buah kelas ( 2 kelas PMV dan 5 kelas tahun 10).

Tujuan lawatan ini ialah (1) untuk mendedahkan Pelajar PMV dan pelajar yang lain dalam kursus vokasional yang ditawarkan serta melihat dengan lebih dekat lagi keadaan sebenar kurus yang dijalankan, (2) untuk memberi jalan kepada pelajar PMV dan pelajar yang lain mengenai matlamat mereka apabila tamat persekolaham menengah agar mengikuti kursus sesuai dengan bidang dan kebolehan mereka.

Dalam lawatan tersebut, pelajar berpeluang untuk mengikuti kuiz di bahagian IT dan berpeluang melawat bengkel-bengkel jahitan, pembuatan besi, penghawa dingin dan bengkel kereta, serta sempat menghadiri konsultasi di yang diadakan di perpustakaan sekolah berkenaan.

Pelajar berasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk melawat ke sekolah berkenaan dan ada yang menyuarakan akan melanjutkan ke sekolah vokasional tersebut apabila tamat persekolahan menengah kelak.









Friday, February 4, 2011

BENGKEL RESUME & MOTIVASI MATLAMAT PELAJAR TAHUN 10








Bengkel dan program motivasi di atas akan dilaksanakan oleh kaunselor sekolah Cg Dk. Zunainah Bt Pg Haji Aliuddin dan Cg Hasbul Wafi Bin Abdullah@Bundan serta Komiti Jabatan Kaunseling dan Kerjaya SM PJN Pg Haji Abu Bakar, Kuala Belait. Perkara diatas telah diadakan pada 1 Feb 2011, dari jam 1.30 hingga 3.30 petang, dan ianya akan diteruskan lagi seperti jadual yang dinyatakan dibawah ini:


1 Feb 2011 : 10'O SC1 & 10'OSC2

2 Feb 2011 : 10'O SS1 & 10'OSS2

5 Feb 2011 : 10'O A, 10'OB & 10'OC

7 Feb 2011 : 10'E SC1, 10'E SC2 & 10'O D


Jam : 1.30 hingga 3.30 petang


Tempat : Perpustakaan


Kehadiran adalah diwajibkan /compulsory


Tujuan bengkel resume:

  • agar pelajar dapat pengetahuan mengenai membuat resume dan mengisikan borang resume dengan lengkap.

  • sebagai persediaan pelajar dalam memohon pekerjaan selepas tamat pengajian mereka nanti.

Tujuan program motivasi matlamat :


  • agar pelajar dapat membina matlamat mereka lebih awal dari segi melanjutkan pelajaran ke bidang yang akan diceburi.
  • sebagai peringatan kepada pelajar yang peperiksaan GCE 'O' level hanya beberapa bulan sahaja lagi, agar pelajar tidak lalai dan mengabaikan pelajaran mereka.

Wednesday, January 26, 2011

LAWATAN AKADEMIK : UK EDUCATION EXIBITION DI SMSA










BEKAS PELAJAR SMPJN YANG KINI PRE U 2 DI SMSA: JUARA PERTANDINGAN MULTI MEDIA PRESENTATION PENDIDIKAN PENCEGAHANPENYALAHGUNAAN DADAH, 2008. [SARAH TIDAK ADA KERANA DIA BELAJAR DI MAKTAB SAIN]

Pada 26 Jan 2011, seramai 63 orang pelajar SM PJNPHAB,KB dan kaunselor sekolah, Cg Dk. Zunainah serta 2 orang guru pengawas berpeluang untuk menghadiri Pameran Pendidikan UK di SMSA,KB, sebanyak 15 buah Universiti UK yang ikut serta pada hari tersebut. Pelajar banyak mendapatkan maklumat tentang kursus dan bidang yang mereka minati. Apa yang menarik minat pelajar ada di antara unibersiti tersebut menawar 'extra ordinary course' kepada pelajar yang berminat. Pelajar juga akan dihantarkan maklumat melalui email masing-masing.

TAKLIMAT MENGENAI DISIPLIN BAGI TAHUN 8




Taklimat mengenai disiplin telah dibuat pada awal bulan Januari 2011. Tujuannya adalah supata pelajar sentiasa patuh pada disiplin sekolah. Kaunselor juga mengambil kesempatan ini untuk mengongsikan ciri-ciri personaliti pelajar yang berdisiplin.