Friday, March 12, 2010

SARINGAN MULTIMEDIA PRESENTATION 3P DADAH
















PERTANDINGAN SARINGAN MULTIMEDIA PRESENTATION 3P DADAH

Tahnian diucapkan kepada penuntut PJN yang menyertai Pertandingan Multimedia Presentation 3P Dadah kerana telah mendapat tempat ke 6.

Pertandingan ini dianjurkan oleh BKBBK, JSS, yang berlangsung pada 9 Mac 2010, di Blok J2, Ong Sum Ping, BSB.

Sekolah yang mara ke Peringkat Akhir ialah (Top 5):
(1) Maktab Sain
(2) SM Sayyidina Abu Bakar
(3) SM Perdana Wazir KB
(4) SM Pap Hjh Masnah
(5) SM PRI Hjh Mariam

Walaupun tidak masuk ke peringkat akhir (hanya top 5), namun penuntut PJN telah menghasilkan satu animasi yang kreatif dan menarik. Animasi itu nanti akan ditayangkan sewaktu perkumpulan pagi nanti.

Tahniah sekali lagi kepada:

Muhammad Mustaqim Bin Haji Hariah Mohammad
Ameera Dayana Bte Hj Borhan
Adibah Syazwani Bt Haji Hariah Mohammad
Siti Nur Azziera Bte Yusof
Abigail Bte Juis

AKTIVITI/ PROGRAM SEBELUM CUTI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHAN

(1) Program Pengurusan Masa untuk semua pelajan Tahun 9 'O' akan diadakan pada;

Tarikh : 13 Mac 2010
Hari : Sabtu
Jam : 1.30-4.30 petang
Tempat : Perpustakaan
Fasilitator : Pegawai Kaunseling dari Kementerian Kesihatan.

(2) Program Forum 3P Dadah, Anjuran Jabatan Bimbingan Bakat Kerja & Kaunseling , JSS akan diadakan pada:

Tarikh : 15 Mac 2010
Hari : Isnin
Jam : 8.00-12.30
Tempat : Perpustakaan (Persidangan Forum) & Ruang Legar (Pameran)
Ahli Panel :

1. Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja, JSS, Kem. Pendidikan.
2. Biro Kawalan Narkotik, JPM
3. Bahagian Promosi dan Pendidikan Kesihatan, Kem. Kesihatan
4. Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kem. Kebudayaan Belia dan Sukan
5. Pusat Dakwah Islamiah, Kem Hal Ehwal Ugama
6. Bahagian Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei, JPM
7. Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Penjara, Kem Hal Ehwal Dalam Negeri

(3) Program Perkembangan Personaliti Penuntut - 'Gejala Sosial', akan diadakan pada;

Tarikh : 16 Mac 2010
Hari : Selasa
Jam : 11.30 - 12.30
Tempat : Penuntut Lelaki (Ruang legar), Penuntut Perempuan (Perpustakaan)
Fasilitaror: Jabatan Bimbingan & Kaunseling, Jabatan Disiplin, Jabatan Ugama & Hal Ehwal Pelajar , SM PJN PHAB.

(4) Rentas Desa, akan diadakan pada:

Tarikh : 17 Mac 2010
Hari : Rabu
Jam : 7.30 - 11.30 (penuntut balik awal jam 11.30 pagi)
Track laluan : Kawasan Kg. Pandan 7

(5) Green Day, akan diadakan pada:

Tarikh : 18 Mac 2010
Hari : Khamis
Jam: 7.30 - 12.30
Acara: Pelbagai acara akan diadakan (rujuk pada Cg. Hj Kamal)

CUTI PENGGAL PERTAMA AKAN BERMULA PADA 19 MAC HINGGA 28 MAC
SELAMAT BERCUTI KEPADA PENUNTUT SEMUA & JANGAN LUPA UNTUK ULANG KAJI PELAJARAN SEWAKTU CUTI SEKOLAH NANTI.
OK

Thursday, March 11, 2010

AKTIVITI AMAL MEMBERSIHKAN MASJID KG PANDAN SECARA BERGOTONG-ROYONG


Pada 9 Mac 2010, hari selasa yang lalu, Kelab Bimbingan & Kaunseling beserta dengan Kelab PRS Tahun 9 telah membuat satu aktiviti amal, iaitu membersihkan Masjid Kg Pandan secara bergotong royong. Seramai 28 orang epnuntut yang terlibat telah mengungkayahkan aktiviti ini dengan diketuai oleh RAHIM. Aktiviti ini dijalankan sewaktu CCA pada jam 2.30 petang hingga 4.00 petang.

Tahniah diucapkan kepada Kelab Bimbingan & Kaunseling serta Kelab PRS kerana telah melaksanakan aktiviti amal dengan baiknya.