Saturday, June 27, 2009

TAKLIMAT DAN PENERANGAN MENGENAI H1N1 SMPJN PHAB KB

Taklimat & Penerangan mengenai H1N1 telah diadakan di SM PJN PHAB:

Pada : 27 Jun 2009
Hari : Sabtu
Jam : 10.00 am
Tempat : Perpustakaan Sekolah

Hal2 yg diterangkan:

  • Sekolah SM PJN telah dibekalkan 14 buah thermometer & 100 mask untuk penuntut dri MoE.
  • Penuntut juga akan diberikan 'Hand Sanitizer' oleh pihak sekolah (+ inisiatif guru kelas).
  • Penuntut yang keluar negeri pada 23 Jun 2009 akan diasingkan di 'Grandstand' sekolah.
  • Suhu badan (temperature) penuntut akan diperiksa.
  • Jika didapati suhu badan melebihi 38 degree + batuk selesma, penuntut tersebut akan diasingkan dari penuntut lain. Jika penuntut tersebut dibawah 38 degree + batuk selesma juga akan diasingkan. Penuntut yang mempunyai suhu badan normal + tidak batuk n selesma akan belajar seperti biasa.
  • PEMAKAIAN MASK : Mask hendaklah dipakai n jangan dibuka sehingga balik dr sekolah. Mask hanya boleh digunakan dlm tempoh 6 jam sahaja. Lepas itu boleh dibuang n jangan digunakan lagi.

Timbalan Pengetua : Cg Rabina memberikan penerangan mengenai H1N1.


thermometer untuk memeriksa suhu badan penuntut

shoot forhead-press d button-temperature confirm

CHEKING TIME...







"see the temp"


"takut ku eh..."

Thursday, June 25, 2009

Pemeriksaan Suhu Badan Semua Murid Mulai Isnin

MEDIA PERMATA: Khamis, 25 Jun 2009


Oleh Imelda Farrah Zohre HA

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan akan memulakan pemeriksaan suhu badan di kalangan pelajar sekolah di seluruh negara apabila penggal persekolahan baru dibuka semula pada Isnin ini.

Langkah terbaru itu diambil ekoran pengesahan empat lagi kes Influenza A (H1N1) hari ini yang membawa jumlah keseluruhan di negara ini kepada 11 kes.

Kementerian dalam kenyataan berkata kes kelapan melibatkan wanita berumur 23 tahun yang mula mendapat tanda penyakit pada 18 Jun setelah berkunjung ke Kuala Lumpur, Malaysia pada 12 Jun dan pulang ke negara ini pada 15 Jun.

Kes kesembilan pula membabitkan kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun yang baru pulang dari melawat negeri Johor, Malaysia pada 19 Jun dan mula menunjukkan tanda-tanda penyakit pada 22 Jun.

Sementara kes ke-10 dan ke 11 pula adalah kontak terdekat kes keempat.
Kes ke-10 membabitkan kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun yang mula mempunyai tanda penyakit pada 23 Jun manakala kes ke-11 pula adalah kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun yang mula menunjukkan tanda penyakit pada 22 lalu.

Semua pesakit berkenaan termasuk tujuh mangsa yang dilaporkan sebelum ini dalam keadaan yang baik dan masih menjalani rawatan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

Kementerian Kesihatan serta agensi yang terbabit akan mempertingkatkan usaha untuk mengawal penyakit itu, tambah kenyataan.

Antara langkah yang diambil Kementerian Kesihatan ialah menggalakkan pengurangan aktiviti dan interaksi sosial secara sukarela selama tujuh hari bagi mereka yang baru pulang dari luar negara.

Kementerian juga mengehadkan penghantaran pegawai dan kakitangan ke luar negara bagi menghadiri latihan dan mesyuarat serta memastikan pusat kuarantin sentiasa mencukupi dan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia.

Selain itu Kementerian Kesihatan terus menasihatkan orang ramai untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan sekiranya mempunyai tanda penyakit terutamanya jika baru kembali dari luar negara