Saturday, March 7, 2009

INFO LAWATAN & AKTIVITI PROGRAM SCC

BERITA TERKINI

LAWATAN:

1. ke Biro Kawalan Narkotik (BKN)
pada 14 Mac 2009 (Sabtu), jam 2.00 - 4.30 pm
untuk penuntut PRS seramai 46 orang pelajar, Tahun 8 & MA 4.
[ditunda pada 18 April 2009. Harap Maklum]

2. ke Pusat Latihan Penanjong Kem (ABDB)
pada 25 Mac 2009 (Rabu), jam (akan dimaklumkan kemudian)
untuk penuntut MA 4 & MA 5, seramai 40 orang.

3. ke Institut Perkhidmatan Awam (IPA)
pada 4 April 2009 (Sabtu), jam 9.00 am - 12.00 pm
untuk penuntut MA 5 seramai 40 orang.

4. ke Universiti Brunei Darussalam (UBD)
pada 8 April 2009 (Rabu), jam 2.30 - 4.30 pm
untuk penuntut MA 5 seramai 40 orang.

5. ke Pusat Pembangunan Belia
pada 23 April 2009 (Khamis), jam 9.00 am - 12.00 pm
terbuka untuk semua penuntut, seramai 40 orang.


AKTIVITI PROGRAM SCC:

1. Ceramah, Kuiz & Pameran Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah
pada 16 Mac 2009 (Isnin), jam 10.30 am - 12.30 pm
untuk penuntut Tahun 7
Fasilitator : Pegawai dari BKN

2. Kursus / Bengkel Kemahiran Mengawal Stress [Tekanan]
pada 31 Mac 2009 (Selasa), jam 1.45 - 4.30 pm
untuk penuntut MA 5, seramai 200 orang.
Fasilitator : Pegawai dari Kementerian Kesihatan.

3. Ceramah & Pameran Penyakit Berjangkit [HIV & AIDS]
pada 16 April 2009 (Khamis), jam 1.45 - 4.30 pm
untuk penuntut MA 4 & MA 5 seramai 100 orang.
Fasilitator : Pegawai dari Kementerian Kesihatan

Makluman:
Penuntut yang ingin mengikuti lawatan yang dinyatakan di atas boleh mengisikan nama kamu di dalam borang yang diiklankan di papan kenyataan SCC yang terletak di Ruang Legar sekolah.

Jika ada perubahan tarikh dan masa akan dimaklumkan secepat mungkin.

Friday, March 6, 2009

INFO UNTUK GURU-GURU & PENUNTUT - LOCAL NEWS

Pesanan:

Sudahkah kamu berkunjung ke pesta buku?
Jangan lepaskan peluang, berkunjunglah sekarang.
____________________________

Media Permata,
5 MAc 2009



Suasana meriah di Pesta Buku Brunei 2009
Oleh Salawati Haji Yahya


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah hari ini dibanjiri oleh murid dari beberapa buah sekolah rendah di negara ini sempena dengan Pesta Buku Brunei 2009.

Pesta Buku Brunei 2009 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan yang bermula 27 Februari dan dijangka berakhir pada 8 Mac ini adalah sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-25 tahun.

Lebih 15 buah syarikat menjual buku menyertai pesta tersebut yang turut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti seperti peraduan mari bercerita, kuiz, ceramah dan banyak lagi.

Salah seorang pengunjung Hajah Mastura Haji Madun yang ditemu bual oleh Media Permata berkata, "Dengan adanya pesta buku ini dapat memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga mendapatkan buku yang sesuai dan dikehendaki oleh anak-anak mereka."

"Selain buku berbentuk pendidikan, pelbagai jenis buku turut dijual di pesta tersebut dengan harga yang ditawarkan amat berpatutan," tambahnya.

Orang ramai dialu-alukan berkunjung ke Pesta Buku Brunei 2009 bermula pukul 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali pada hari Jumaat yang bermula pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi dan dibuka semula dari pukul 2.30 petang hingga 10 malam.

INFO UNTUK GURU-GURU & PENUNTUT - LOCAL NEWS

Media Permata,
5 Mac 2009

Peranan Perpustakaan Penting dalam SPN-21
Oleh Nurul Hayatee Badaruddin

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Persatuan Perpustakaan Brunei dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei hari ini mengadakan Taklimat Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN-21) di Dewan Samaryuda Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dayang Hajah Aminah Haji Momin ketika berucap berkata dalam perkembangan dan perubahan pendidikan di negara ini, perpustakaan mengambil peranan penting untuk sama-sama mendukung keperluan semasa bagi pelajar.

Ini dilakukan dengan menyediakan koleksi buku bacaan dan rujukan yang lebih komprehensif sejajar dengan kehendak pengajaran dan pembelajaran masa kini yang dibahagikan mengikut program tertentu termasuk program pendidikan khas.

Menurutnya pustakawan perlu mempunyai pengetahuan dan berinovasi dalam menilai dan menyediakan buku yang bersesuaian di perpustakaan masing-masing yang merangkumi lapan bidang pembelajaran seperti bahasa, matematik, sains, sains sosial dan kemanusiaan, kesenian dan kebudayaan, teknologi, pendidikan agama Islam dan Melayu Islam Beraja, pendidikan jasmani dan kesihatan.

Beliau berkata dengan memenuhi penyediaan buku berkenaan terutama di perpustakaan sekolah pihak sekolah tidak akan tertinggal dalam memenuhi kehendak dan keperluan semasa.

"Perubahan itu akan dapat memenuhi keperluan dan cabaran perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial abad ke-21 negara ini serta pencapaian Wawasan Brunei 2035 untuk memiliki rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya," kata beliau lagi

Beliau juga menyatakan Dewan Bahasa dan Pustaka dari semasa ke semasa akan berusaha untuk mencapai matlamat SPN 21 di samping menyediakan ruang belajar yang kondusif di perpustakaan pusat dan cawangan di keempat-empat daerah.

Tujuan sesi taklimat berkenaan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pustakawan dan pegawai yang bertugas di perpustakaan supaya mengetahui objektif dan prinsip SPN-21 kerana sistem pendidikan baru itu memberi kesan terhadap perpustakaan dan pembelajaran masyarakat negara ini

Taklimat berkenaan disampaikan Pegawai Pelajaran Kanan Jabatan Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan, Awang Jenidi Jingan, Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Haji Abd Rahman Haji Nawi dan Pegawai Perpustakaan Jabatan Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan, Pengiran Haji Shahminan Pengiran Haji Sulaiman.

Antara kandungan taklimat itu ialah tujuan SPN-21, visi dan misi Kementerian Pendidikan, rasional pendidikan dan kebaikan SPN-21

Seramai 100 dan kakitangan dari kementerian, institusi dan sekolah kerajaan serta swasta hadir pada taklimat berkenaan.

_________________________________________________________
PESANAN:

'ISIKAN WAKTU CUTI DENGAN BERKUNJUNG KE PERPUSTAKAAN SAMBIL MENGIKUTI AKTIVITI-AKTIVITI YANG DISEDIAKAN'
BRUNEI BOLEH!
PJN BOLEH!