Wednesday, November 10, 2010

career info: KEMUDA INSTITUTE



LIST OF COURSE;

(1) INTERNATIONAL CERTIFICATE IN COMPUTER STUDIES (ICCSS)
(2) INTERNATIONAL DIPLOMA IN COMPUTER STUDIES (IDCS)
(3) INTERNATIONAL ADVANCE DIPLOMA IN COMPUTER STUDIES (IADCS)
(4) KEMUDA INSTITUTE IT SHORT COURSES

Please contact:
Unit 7, First Floor, Wisma 2000
Spg 51-22, Jln Menglait,
Gadong BE3919
[nearby Sek. Men. Menglait)

Tel: +673-2448679/2423411
Fax: +673-2448675
Email: enquiry@kemudainstitute.com

Kuala Belait Branch:
3rd Floor, Sek Tunas Jaya, PGGMB, Lot 6227
Jln Pandan 6, KA1931

Tuesday, November 9, 2010

HAD Technologies offers ICDL Training


Konsultasi bersama Menengah 5 : sebelumpeperkisaan 'O' Level bermula



Pepriksaan 'O' Level adalah sesuatu yang penting bagi pelajar Menengah 5. Bagi pelajar, peperiksaan inilah menjadi 'Pasport' untuk mereka melangkah ke distinasi seterusnya. Kebanyakkan pelajar berasa takut untuk menghadapi peperiksaan, apalagi jika pelajar tersebut belum bersedia.

Kaunselor sekolah ini mengambil inisiatif untuk membuat sesi konsultasi kepada semua pelajar MA 5. Konslutasi ini dibuat secara bergilir-gilir satu ke satu kelas. Konsultasi di buat di dua tempat, iaitu pelajar perempuan akan dikendalikan oleh Cg. Dk. Zunainah Pg Haji Aliuddin di ruangan Bilik Kegiatan Aktiviti Kaunseling. Sementara pelajar lelaki akan dikendalikan oleh Cg Hasbul Wafi Fakri bin Abdullah@ Bundan di ruangan perpustakaan sekolah.

Dalam sesi konsultasi tersebut, kebanyakan pelajar menyatakan rasa takut dan cemas mereka. Ada yang kurang berkeyakinan dan tidak kurang jua pelajar yang belum bersediah sepenuhnya. Bagi pelajar yang bersedia, mereka cuma khuatir ditakuti apa yang dibaca tidak keluar dalam peperiksaan.

Sesi konsultasi sangat berguna bagi para pelajar. Pelajar berkongsisama mengenai teknik belajar, topik yang difikirkan penting, jadual belajar di rumah, masalah-masalah yang dihadapi sewaktu ulang kaji dan macam-macam lagi.

Sesi konsultasi akan disusul lagi setelah pelajar-pelajar selesai menduduki peperiksaan.

Monday, November 8, 2010

SUDUT KERJAYA SUMBER MAKLUMAT YANG PENTING

Cg Dk. Zunainah memberikan taklimat mengenai sudut kerjaya sekolah dan kemudahan-kemudahan yang disediakan

Penghakiman sudut kerjaya oleh Pegawai-Pegawai dari Unit Pendidikan Kerjaya, Jabatan Kaunseling & Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah

Hakim melihat ruangan sudut kerjaya

Cg. Hasbul Wafi menerangkan mengenai Informasi Kerjaya di ruang legar sekolah


SM PJN Pg Haji Abu Bakar menjadikan sudut kerjaya sebagai sumber maklumat yang terpenting khasnya untuk pelajar-pelajar sekolah, guru-guru serta tidak ketinggalan kakitangan sekolah ini.
Kaunselor sekolah, iaitu Cg Dk. Zunainah Pg Haji Aliuddin dan Cg Hasbul Wafi Fakri bin Abdullah@ Bundan sentiasa memgambil berat tentang pendidikan kerjaya terutamanya bagi pelajar-pelajar MA5. Pelbagai Program telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010 ini, iaitu Ujian Inventori Minat Kerjaya, Konsultasi Kerjaya,Bengkel Mengurus Masa, Pertandingan berkaitan dengan kemahiran, Tayangan DVD Motivasi Pendidikan, Aktiviti Latihan Dalam Kelompok dan Bengkel membuat Resume.
Kemudahan yang disediakan dalam Sudut Kerjaya sekolah ialah:
(1) Maklumat mengenai pemilihan mata pelajaran dan hubungkait dengan kerjaya
(2) Syarat mendapatkan biasiswa
(3) Informasi majlis pengiktirafan
(4) Senarai 50 universiti tertinggi di UK dan senarai pelbagai universiti dari Brunei, Canada, Australia, New Zealand, US dan Malaysia
(5) Prospektus pelbagai universiti
(6) Senarai kursus yang ditawarkan di UBD
(7) menyediakan informasi daripada laman web tentang kerjaya
(8) informasi pelbagai jenis pekerjaan.
Pelajar-pelajar sangat berpuas hati dengan kemudahan dan maklumat yang ada. Kadang-Kadang pelajar-pelajar dan guru-guru juga turut memberikan maklumat atau info terkini tentang pendidikan kerjaya. Dengan adanya kerjasama dari warga sekolah menjadikan sudut kerjaya sekolah ini menjadi satu sudut yang bermaklumat dan terkini. Semua maklumat, program, aktiviti, jadual lawatan dan info kerjaya akan dikemaskinikan dalam blog kaunseling sekolah, sccpjnphabkb.blogspot.com.
Penghakiman diambil dari aspek :
(1) Struktur fizikal
(2) Relevensi Perisian
(3) Program/Aktiviti
(4) Instrumen/Alat Ujian
(5) Evaluasi
(6) Laporan pendidikan kerjaya
Sudut kerjaya sekolah ini akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.