Friday, April 3, 2009

Soal Selidik Masalah Buli di Kalangan Pelajar

Buli ialah satu perlakuan ganas dan menyakitkan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan yang lebih kuat kepada individu yang lemah. Ia tidak sama seperti pergaduhan antara dua pihak yang sama kuat. Biasanya kejadian buli ini sentiasa berulang dan digemari dan dianggap sebagai sesuatu yang menyeronokkan bagi pembuli tanpa memikirkan sebab dan akibatnya.

Buli melibatkan aktiviti secara berkumpulan ataupun secara individu, contohnya mencederakan orang lain, mendesak, mentertawakan kesalahan orang lain, mencari gaduh dengan orang yang lebih kecil / lemah, memperkecilkan orang lain, memeras ugut, mengambil barang orang lain, berkelahi, bertumbuk, memfitnah dan sebagainya.

Perbuatan buli sangat berbahaya kerana ia meninggalkan kesan yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal seseorang. Kesan buli boleh menjadi sangat teruk dan jika berlarutan lama-kelamaan menjurus kepada perbuatan jenayah. Sementara, mangsa buli tidak dapat memberi tumpuan terhadap kerja sekolah, merasa tertekan dan lama-kelamaan tidak mahu datang ke sekolah.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah : SM PJN PHAB KB, dengan bantuan kaunselor sekolah, telah membuat kajian mengenai masalah buli di kalangan pelajar pada ketika ini. Pelajar-pelajar diminta mengisikan soal selidik mengenai buli dengan jujur untuk melancarkan lagi proses kajian ini. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengurangkan masalah buli di kalangan pelajar (jika ada). Di samping itu juga, mendedahkan kepada pelajar bahawa buli ini satu perbuatan yang negatif dan tidak seharusnya dilakukan walaupun untuk suka-suka sahaja.

So hendaklah berfikiran positif:
im ok, u're ok

No comments:

Post a Comment