Thursday, February 24, 2011

LAWATAN PELAJAR PMV DAN TAHUN 10 KE SEKOLAH VOKASIONAL SULTAN BOLKIAH, SERIA

Pada Hari Terbuka Sek. Vokasional Sultan Bolkiah yang lalu [8-9 Feb 2011], seramai 38 orang pelajar PMV Stage 3 dan Stage 1 dan selebihnya pelajar dari tahun 10, telah berpeluang melawat ke sekolah tersebut bersama Kaunselor Cg. Dk. Zunainah Pg Haji Aliuddin dan beberapa orang guru Komiti Jabatan Bimbingan dan Kerjaya, SM PJNPHAB, KB. Lawatan telah dibuat selama 3 hari berturut-turut secara bergilir-gilir dan melibatkan 7 buah kelas ( 2 kelas PMV dan 5 kelas tahun 10).

Tujuan lawatan ini ialah (1) untuk mendedahkan Pelajar PMV dan pelajar yang lain dalam kursus vokasional yang ditawarkan serta melihat dengan lebih dekat lagi keadaan sebenar kurus yang dijalankan, (2) untuk memberi jalan kepada pelajar PMV dan pelajar yang lain mengenai matlamat mereka apabila tamat persekolaham menengah agar mengikuti kursus sesuai dengan bidang dan kebolehan mereka.

Dalam lawatan tersebut, pelajar berpeluang untuk mengikuti kuiz di bahagian IT dan berpeluang melawat bengkel-bengkel jahitan, pembuatan besi, penghawa dingin dan bengkel kereta, serta sempat menghadiri konsultasi di yang diadakan di perpustakaan sekolah berkenaan.

Pelajar berasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk melawat ke sekolah berkenaan dan ada yang menyuarakan akan melanjutkan ke sekolah vokasional tersebut apabila tamat persekolahan menengah kelak.









No comments:

Post a Comment