Tuesday, June 9, 2009

PROGRAM KONGSISAMA GURU-GURU

Pada 6 Jun 2009, hari Selasa, jam 2.00 hingga 4.00 petang, SM PJN PHAB telah mengadakan 'Program Kongsisama Guru-Guru' bertempat di perpustakaan sekolah. Seramai 11 orang guru yang hadir pada hari tersebut [manakala 11 orang guru yang lain pula tidak hadir kerana bertugas mengawas penuntut latihan untuk hari keputeraan DYMM dan mengawas peperiksaan). Fasilitator bagi kongsisama ini ialah Cg. Dk.Zunainah bte Pg Haji Aliuddin dan Cg. Hasbul Wafi Fakri Bin Abdullah Bundan, Kaunselor Sepenuh Masa di sekolah tersebut.

Objektif kongsisama ini ialah untuk mendedahkan guru-guru mengenai Pengurusan Tingkah Laku di dalam Kelas. Dalam sesi kongsisama itu, guru-guru telah diberikan tugasan secara berkumpulan. Guru-guru mengongsikan idea-idea bagaimana mengatasi pelajar yang bermasalah. Selain itu, guru-guru juga berkongsi pengalaman mereka semasa mengajar dan menghadapi penuntut yang banyak karenah.



SESI PERBINCANGAN SECARA KUMPULAN
Kumpulan A4

Kumpulan Paper Fastaner

Kumpulan Paper Clip

Kumpulan Pilot Wytebord

SESI PEMBENTANGAN TUGASAN





No comments:

Post a Comment