Friday, February 20, 2009

Unit Pendidikan Kerjaya

INFO UNTUK PENUNTUT-PENUNTUT YANG BERMINAT

FEB, 16/2009 (Isnin)
MEDIA PERMATA

Borang ke teknik, vokasional mulai 18 Februari

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Jabatan Pendidikan Teknik mengumumkan borang bagi kemasukan ke kursus Diploma Kebangsaan, Pra-Diploma Kebangsaan, Sijil Kejuruan Kebangsaan 2 & 3 di institusi Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi sesi Julai 2009.

Borang akan mula diedarkan pada 18 Februari, kata kenyataan Jabatan Pendidikan Teknik hari ini sambil turut mengumumkan borang permohonan bolehlah didapati di Jabatan Pendidikan Teknik, Simpang 347, Jalan Pasar Baharu, Gadong BE 1310 atau dari semua institusi teknikal dan vokasional negara ini.

Tarikh tutup mengembalikan borang permohonan ialah pada hari Rabu, 11 Mac tidak lewat pukul 4.30 petang.

Sehubungan dengan itu, majlis konsultasi Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah, Kuala Belait akan diadakan selama dua hari iaitu pada 21 dan 24 Februari di Dewan Serbaguna Maktab mulai 9 pagi hingga 12 tengah hari dan di sebelah petang pada 2 petang hingga 4 petang.

Manakala itu majlis promosi Belajar di MTSS dan konsultasi akan diadakan pada 26 dan 28 Februari di Student Resource Centre, Maktab dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Maklumat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan akan disampaikan oleh ketua-ketua bahagian di Maktab tersebut, tambah kenyataan.

'REBUTLAH PELUANG INI'

No comments:

Post a Comment