Friday, March 6, 2009

INFO UNTUK GURU-GURU & PENUNTUT - LOCAL NEWS

Pesanan:

Sudahkah kamu berkunjung ke pesta buku?
Jangan lepaskan peluang, berkunjunglah sekarang.
____________________________

Media Permata,
5 MAc 2009



Suasana meriah di Pesta Buku Brunei 2009
Oleh Salawati Haji Yahya


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah hari ini dibanjiri oleh murid dari beberapa buah sekolah rendah di negara ini sempena dengan Pesta Buku Brunei 2009.

Pesta Buku Brunei 2009 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan yang bermula 27 Februari dan dijangka berakhir pada 8 Mac ini adalah sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-25 tahun.

Lebih 15 buah syarikat menjual buku menyertai pesta tersebut yang turut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti seperti peraduan mari bercerita, kuiz, ceramah dan banyak lagi.

Salah seorang pengunjung Hajah Mastura Haji Madun yang ditemu bual oleh Media Permata berkata, "Dengan adanya pesta buku ini dapat memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga mendapatkan buku yang sesuai dan dikehendaki oleh anak-anak mereka."

"Selain buku berbentuk pendidikan, pelbagai jenis buku turut dijual di pesta tersebut dengan harga yang ditawarkan amat berpatutan," tambahnya.

Orang ramai dialu-alukan berkunjung ke Pesta Buku Brunei 2009 bermula pukul 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali pada hari Jumaat yang bermula pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi dan dibuka semula dari pukul 2.30 petang hingga 10 malam.

No comments:

Post a Comment