Tuesday, November 9, 2010

Konsultasi bersama Menengah 5 : sebelumpeperkisaan 'O' Level bermula



Pepriksaan 'O' Level adalah sesuatu yang penting bagi pelajar Menengah 5. Bagi pelajar, peperiksaan inilah menjadi 'Pasport' untuk mereka melangkah ke distinasi seterusnya. Kebanyakkan pelajar berasa takut untuk menghadapi peperiksaan, apalagi jika pelajar tersebut belum bersedia.

Kaunselor sekolah ini mengambil inisiatif untuk membuat sesi konsultasi kepada semua pelajar MA 5. Konslutasi ini dibuat secara bergilir-gilir satu ke satu kelas. Konsultasi di buat di dua tempat, iaitu pelajar perempuan akan dikendalikan oleh Cg. Dk. Zunainah Pg Haji Aliuddin di ruangan Bilik Kegiatan Aktiviti Kaunseling. Sementara pelajar lelaki akan dikendalikan oleh Cg Hasbul Wafi Fakri bin Abdullah@ Bundan di ruangan perpustakaan sekolah.

Dalam sesi konsultasi tersebut, kebanyakan pelajar menyatakan rasa takut dan cemas mereka. Ada yang kurang berkeyakinan dan tidak kurang jua pelajar yang belum bersediah sepenuhnya. Bagi pelajar yang bersedia, mereka cuma khuatir ditakuti apa yang dibaca tidak keluar dalam peperiksaan.

Sesi konsultasi sangat berguna bagi para pelajar. Pelajar berkongsisama mengenai teknik belajar, topik yang difikirkan penting, jadual belajar di rumah, masalah-masalah yang dihadapi sewaktu ulang kaji dan macam-macam lagi.

Sesi konsultasi akan disusul lagi setelah pelajar-pelajar selesai menduduki peperiksaan.

No comments:

Post a Comment