Thursday, May 27, 2010

LATIHAN UNTUK PERSEMBAHAN 'HARI ANTI ROKOK'





Latihan dibuat pada 27 May 2010, jam 10.30 am. Latihan diketuai oleh Rahim [Pengerusi Kelab Bimbingan & Kaunseling]

Lagu berkisar tentang seorang pemuda yang terjebak dengan dadah dan hidupnya hampir musnah. Dia diasingkan sendiri dan hidup tersiksa tanpa sokongan. Dia menyedari Dadah merosakkan hidupnya dan berasa menyesal. Dia bermohon kepada Tuhan agar hidupnya akan berubah menjadi baik dan sempurna.

Lirik dicipta oleh : Rahim

Lagu ini dicipta sempena pelancaran Projek A-Team yang akan diadakan pada 1 Jun 2010 (Selasa).

Sendirian

Malam yang sunyi
ditemani dengan angin yang sayu
makin ku rasa sepi
makin ku menjadi kaku

Ku ditingal bersendiri
untuk jalani hari-hariku
betapa kejam dunia ini
membiarkan ku begini

c/o
Perlukah hidupku seperti ini?
adakah semuanya salahku?
mengapa ini harus terjadi?
adakah ini takdir yang satu?

Ku tak sanggup lagi begini
harap semuanya berhenti
agar aku mampu lagi
untuk berdiri sendiri

Tunaikan permintaanku ini
kerana ku tersiksa di sini
tanpa sesiapa di sisi
ku dibiarkan sendiri

[ulang semula]

Ku tak sanggup lagi begini
harap semuanya berhenti
tunaikan permintaanku ini
kerana ku tersiksa di sini…

Hasil nukilan:
Rahim
2010

Penuntut yang terlibat:
(1) Noor Rahim Bin Mazne - 9 'O' SS2
(2) Muhammad YAzid Bin Hj Durahman - 9 'O' SS2
(3) Andrewson Remang Ak Dingun - 9 'O' SS2

No comments:

Post a Comment