BLOG INI BUKANLAH BLOG RASMI SEKOLAH.Blog ini DIBUAT BERTUJUAN Untuk MEMBANTU PELAJAR YANG MEMERLUKAN BANTUAN. SELAIN ITU, BLOG INI JUGA MERUPAKAN kongsisama mengenai program dan kegiatan yang dibuat oleh SCC di sekolah PJN PHAB,KB. Ianya juga cara terbaik untuk menyalurkan maklumat dengan cepat dan senang kepada penuntut-penuntut.Semoga blog ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh warga sekolah. 2009 HINGGA KINI...
Tuesday, May 31, 2011
Thursday, February 24, 2011
LAWATAN PELAJAR SAIN KE HARI TERBUKA UBD, 19 FEB 2011
Pelajar-pelajar rasa sangat gembira kerana mereka dapat mengetahui fakulti-fakulti yang ada di UBD. 3 pelajar sain berminat dalam Bachelor of Business, manakala selebihnya berminta dalam Bachelor of Health Science, terutamanya dalam kursus Medic.
selain daripada itu, pelajar dapat melihat kelab-kelab yang ditubuhkan di UBD seperti Kelab tarian, Rakis, Seni dan lain-lain lagi. Pelajar berminat untuk mengikuti kelab-kelab tersebut satu hari nanti jika mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke UBD.
'TARGET MARK' O LEVEL, YR 10
kaunselor sekolah, Cg Dk Zunainah Pg Haji Aliuddin dan Cg Hazbul Wafi Bin Abdullah@ Bundan telah mengendalikan bengkel 'Target Mark' dan Matlamat penuntut dalam menuju kejayaan menghadapi peperiksaan O Level nanti. Kaunselor memberikan panduan dan tunjuk ajar agar penuntut mengetahui dan sedar akan keupayaan masing-masing dan kebolehan mereka dalam satu-satu mata pelajaran. Agar mereka tidak terlalu yakin (over confident) dan sehingga mengabaikan mata pelajaran yang mereka anggap senang, serta tidak berasa rendah diri sehingga mengetepikan mata pelajaran yang mereka anggap susuah.
target mark itu nanti akan dipantau pasa setiap menjelangnya peperiksaan yang penuntut hadapi.
LAWATAN PELAJAR PMV DAN TAHUN 10 KE SEKOLAH VOKASIONAL SULTAN BOLKIAH, SERIA
Tujuan lawatan ini ialah (1) untuk mendedahkan Pelajar PMV dan pelajar yang lain dalam kursus vokasional yang ditawarkan serta melihat dengan lebih dekat lagi keadaan sebenar kurus yang dijalankan, (2) untuk memberi jalan kepada pelajar PMV dan pelajar yang lain mengenai matlamat mereka apabila tamat persekolaham menengah agar mengikuti kursus sesuai dengan bidang dan kebolehan mereka.
Dalam lawatan tersebut, pelajar berpeluang untuk mengikuti kuiz di bahagian IT dan berpeluang melawat bengkel-bengkel jahitan, pembuatan besi, penghawa dingin dan bengkel kereta, serta sempat menghadiri konsultasi di yang diadakan di perpustakaan sekolah berkenaan.
Pelajar berasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk melawat ke sekolah berkenaan dan ada yang menyuarakan akan melanjutkan ke sekolah vokasional tersebut apabila tamat persekolahan menengah kelak.
Friday, February 4, 2011
BENGKEL RESUME & MOTIVASI MATLAMAT PELAJAR TAHUN 10
Bengkel dan program motivasi di atas akan dilaksanakan oleh kaunselor sekolah Cg Dk. Zunainah Bt Pg Haji Aliuddin dan Cg Hasbul Wafi Bin Abdullah@Bundan serta Komiti Jabatan Kaunseling dan Kerjaya SM PJN Pg Haji Abu Bakar, Kuala Belait. Perkara diatas telah diadakan pada 1 Feb 2011, dari jam 1.30 hingga 3.30 petang, dan ianya akan diteruskan lagi seperti jadual yang dinyatakan dibawah ini:
1 Feb 2011 : 10'O SC1 & 10'OSC2
2 Feb 2011 : 10'O SS1 & 10'OSS2
5 Feb 2011 : 10'O A, 10'OB & 10'OC
7 Feb 2011 : 10'E SC1, 10'E SC2 & 10'O D
Jam : 1.30 hingga 3.30 petang
Tempat : Perpustakaan
Kehadiran adalah diwajibkan /compulsory
Tujuan bengkel resume:
- agar pelajar dapat pengetahuan mengenai membuat resume dan mengisikan borang resume dengan lengkap.
- sebagai persediaan pelajar dalam memohon pekerjaan selepas tamat pengajian mereka nanti.
Tujuan program motivasi matlamat :
- agar pelajar dapat membina matlamat mereka lebih awal dari segi melanjutkan pelajaran ke bidang yang akan diceburi.
- sebagai peringatan kepada pelajar yang peperiksaan GCE 'O' level hanya beberapa bulan sahaja lagi, agar pelajar tidak lalai dan mengabaikan pelajaran mereka.